jumlah pengunjung
Tuesday, December 7, 2010
satu kesinambungan manusia yang mencari cahaya
Waktu beredar tanpa kita sedari, walaupun kehidupan penuh dengan cabaran dan dugaan yang mewarnai hari-hari kita. Dari setahun ke setahun umur makin meningkat langsung pemikiran semakin matang memberi gambaran jelas bahawa dunia remaja mula ditinggalkan untuk meneropos ke alam dewasa yang mempunyai 1001 cabaran yang belum pasti boleh kita harungi, namun hendak atau tidak pasti dugaan akan kita hadapi. Kekuatan merupakan satu aspek yang penting tak kira lah dari segi fizikal dan mental, walaupun mungkin kita kehilangan orang- orang yang sentiasa disisi memberi galakan ataupun dorongan, usahlah diratapi pemergian mereka sesungguhnya setiap yang pergi menemui pencipta-Nya tergolong orang-orang yang disayangi. Jadikan sebagai dugaan yang datang dari- Nya untuk menguji diri kita sendiri,justeru itu ambil masa untuk memulihkan sedikit kesedihan itu walaupun memang pahit untuk ditelan apatah lagi, kita membesar dihadapan mata mereka. Kesedihan,kerinduan dan setiap kenangan bersama mereka sering bermain dibenak fikiran setiap masa terutamanya semasa disaat menyendiri seorang diri. Kadang kala rasa bagaikan baru semalam bergurau senda bersama mereka, semoga mereka dicucuri rahmat dan tergolong hamba-hamba yang soleh dan solehah...
Mahu tidak mahu yang hidup masih perlu terus kehidupan sabagai manusia, walaupun setelah pemergian mereka. Semangat perlu dikuatkan kembali teruskan kehidupan seperti sedia kala akan tetapi ingatlah setiap yang hidup pasti akan pergi, mana mungkin kita hidup “menongkat langit” bersegeralah kita bertaubat disamping mengejar cita-cita dan hal-hal yang berkaitan duniawi.
Rezeki masih perlu di cari dan diteruskan walaupun apa yang menimpa pada kita, ALLAHs s.w.t sentiasa memberi rezeki kepada kita dengan syarat berusahalah dan lakukan pekerjaan dengan cara yang halal. Setiap hari tidak dapat kita nafikan mungkin terkesima dengan keindahan duniawi langsung melupakan akhirat, sudah tiba masanya kita melakukan perubahan dalam kehidupan , biarkan kedua-duanya dikejar ini sejajar dengan suruhan Rasulullah s.a.w..
Realitinya dalam zaman dunia tanpa sempadan kini, kita sendiri dapat lihat ajaran agama tidak dititik berat padahal ini sebenarnya sangat penting. Segelintir pula mempunyai pendidikan agama yang cukup bagus tapi tidak mengamalkan, sungguh sedih melihat perbuatan mereka yang tidak selaras dengan ilmu yang dituntut sebagai contoh batas- batas pergaulan, cara pemakaian, bahkan ada yang tidak menunaikan solat fardu tanpa rasa bersalah ataupun malu terhadap ALLAH s.w.t, adakah mereka tidak takut untuk dihumban ke dalam api neraka. Mustahil jika mereka tidak takut pada hari pembalasan(qiamat) semua yang digelar manusia takut pada hari itu, tapi keinsafan mereka hanyalah berkisar dalam 2-3 jam sahaja itu pun selepas mendengar ceramah agama. Seharusnya sudah masa kita berubah menjadi seorang muslim yang beriman sepenuhnya kepada ALLAHs.w.t dan mengamalkan semua suruhan –Nya seterusya meninggalkan perbuatan yang membawa kemudaratan terhadap diri sendiri dan orang lain yang hanya mengundang dosa sahaja
Nurkilan dari
Azzer17( mencari nilai keinsafan)
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment