jumlah pengunjung
Tuesday, October 12, 2010
PEMBERITAHUAN
Blog ini memang diselenggarakan oleh azzer17 pada mulanya. Malangnya disebabkan kekurangan masa blog ini dibuka kepada sesiapa yang berminat untuk meluahkan segala pendapat mahu pun cetusan idea berkaitan apa sahaja. Kepada sesiapa yang berminat anda diminta menulis nama pena anda di akuan dinding facebook saya rezza’z miracle atau pun emailkan saja di rezza17@gmail.com. Segala identiti anda akan dirahsiakan oleh saya. Pada masa sekarang blog ini ditulis oleh story91 crew, seorang sahabat saya yang sangat meminati bidang penulisan puisi. Matlamat blog ini adalah untuk berkongsi sebarang cetusan rasa sesiapa sahaja, sebarang catatan berunsurkan politik dilarang sama sekali. Insyaallah permintaan anda untuk menjadi salah seorang penulis blog ini akan dipersetujui oleh saya sendiri.. Wlslm.. azzer17
Monday, October 4, 2010
kegembiraan
entahlah apa yang jadi dalam rumah kami tepat pukul 12 tengah malam, sahabatku masih lagi tak tidur malah ada yang masih lagi ketawa dan bergurau senda sebelum mereka lena diulit mimpi....jam tepat pukul 2 pagi mereka masih lagi bergurau senda, tetapi kelihatan lokman dan meerul sudah terlena agaknya keletihan sejak pagi tadi... owen pula asyik bergurau senda bersama aidil, ditambah pula dengan kehadiran pdaus yang agak bising malam ini. secara tidak langsung rumah sewa kami riuh, memang dah jadi tabiat satu rumah suka tidur lewat dan mungkin bergurau senda memecah kesunyian pada malam ini.. aku berfikir sejenak mungkinkah kegembiraan ini berpanjangan sampai esok atau pun hanya sementara sahaja, akan tetapi aku lebih suka berpegang pada pepatah" usah terlampau gembira hari ini ,mungkin esok kita rebah selamanya"itu selalu bermain dalam benak fikiran...seketika aku terlihat aidil terbaring di depanku sampai memandang kipas angin yang berputar-putar, agaknya apa yang terlintas dalam fikirannya yang menyebabkan dia terlalu asyik melihat kipas itu, tiba-tiba lantas bangun dari baringnya dan menuju ke bilik aizat dan lenyap daripada pandangan aku...akhirnya semua sahabatku lena dibuai mimpi yang indah tinggallah aku keseorangan ditemani laptop dan cahaya neon yang datang dari dapur...sekali sekala, aku teringat kenangan zaman persekolahan terutamanya semasa tingkatan 5,alangkah indahnya jika dapat balik ke masa itu, tapi tiada manusia yang berjalan ke belakang untuk menuju kejayaan dan perlu berani menghadapinya...azzer17..salam 1 malaysia
Sunday, October 3, 2010
malam yang sepi....
4/10/2010- satu malam yang sangat sepi bagi seorang pelajar jurusan ukur tanah, di mana aku bertemankan laptop sahabatku yang lena diulik mimpi dan mungkin sedang leka dengan selimut ,tapi aku masih tidak dapat lena kerana risau memikirkan ujian agama menanti ku tepat jam 8pg...mulalah aku x tentu arah dibuatnya kerana banyak yang perlu dibaca sedangkan masa hanya ada 5 jam lagi sebelum ujian dimulakan...mataku mula berasa ngantuk tetapi bila di imbas kembali pesanan pensyarah matematik 2 aku, "biarlah kamu berkorban sedikit mase untuk pembelajaran daripada kamu tidur, sesungguhnya kamu akan berasa puas terhadap kejayaan nanti"...itu menjadi kata-kata yang akan aku pegang sampai mati..alhamdulillah mungkin tuhan menduga kita sebagai hamba-Nya, aku redha...aku hadapi cabaran walaupun payah untuk di tembusi...
dalam kesunyian malam ini, aku akhirnya ditemankan oleh seorang sahabat iaitu fadli yang mana dia sibuk melayari internet, ternyata tepat ramalan aku memang betul sahabatku ini sedang membuka facebook.. aku lihat khusyuk sungguh melihat profile dan membalas komen sahabat-sahabat dia, sedangkan dia baru sampai di rumah. keletihan masih lagi terpapar di wajahnya yang balik ke terengganu jumaat lepas...nampaknya disini sahaja catatan aku, aku perlu menyelak -nyelak halaman lain pula dalam modul agama ini ....sekian wlslm....azzer17
dalam kesunyian malam ini, aku akhirnya ditemankan oleh seorang sahabat iaitu fadli yang mana dia sibuk melayari internet, ternyata tepat ramalan aku memang betul sahabatku ini sedang membuka facebook.. aku lihat khusyuk sungguh melihat profile dan membalas komen sahabat-sahabat dia, sedangkan dia baru sampai di rumah. keletihan masih lagi terpapar di wajahnya yang balik ke terengganu jumaat lepas...nampaknya disini sahaja catatan aku, aku perlu menyelak -nyelak halaman lain pula dalam modul agama ini ....sekian wlslm....azzer17
Saturday, October 2, 2010
keinsafan seorang manusia
- dalam setiap sujud seribu keinsafan
- baru mengerti manusia selemah ini
- baru fahami kehidupan ini
- baru beriltizam tak mahu mengulangi kesilapan lagi
- baru ingat saat hendak mati
- baru takut pada Ilahi
- akhirnya muncul keinsafan dalam hati
- baru mencari AL-QURAN di malam hari
- selagi nyawa berdetak lagi
sesungguhnya kita manusia tidak lepas dari melakukan dosa akan tetapi kita sering melakukan kesilapan secara berulang-ulang,walhal kesilapan itu memang tidak patut diulangi . setiap masalah yang kita harungi sebagai hamba ALLAH s.w.t dari hari ke hari memang mematangkan diri, akan tetapi masalah besar yang dihadapi segelintir golongan belia kini,mereka melakukan kesilapan yang besar tetapi rasa bersalah dan ingin bertaubat tidak lahir dalam sanubari mereka, langsung mengulangi kesilapan itu lagi hinggakan mereka sudah terbiasa lalu wujudlah pelbagai masalah gejala sosial khususnya...aspek agama sangat penting dalam membimbing mereka ,tetapi ramai yang berpendapat pendidikan agama dipertanggungjawab ke atas ibubapa..Memang mudah menyalah orang lain atas kesilapan sendiri ,sesungguhnya aspek agama memang perlu diamalkan sendiri bukan sahaja bergantung pada keluarga, pergilah mencari ilmu berkaitan agama bersepah-sepah diluar sana.Saya sendiri keliru dan risau terhadap mana perginya rasa keinsfan dalam sanubari manusia kini,dari pemerhatian yang dilihat ada yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dan berbuat maksiat secara terangan didepan masyarakat yang kini mengambil sikap pentingkan diri sendiri dan ada juga berpendapat masing-masing "kubur lain-lain" .mungkin sudah tiba masanya kita menjaga tepi kain orang sedikit untuk kepentingan manusia bersama..walaupun berkelana ke seantero dunia, rasa takutkan pada ALLAH perlu disematkan dalam jiwa agar iman sentiasa terpelihara,.akhirnya rasa kiensafan dalam diri akan lahir dari sanubari...salam azzer17
Friday, October 1, 2010
kematian
kematian semakin hari menjengah dalam setiap hidup manusia yang hidup di muka bumi ini, walaupun setinggi mane darjat ataupun pangkat mereka,ia tidak akan terkecuali dari kematian..kita memang tidak dapat lari dari kematian yang semakin menghampiri ia di ibaratkan "umpama jari telunjuk dengan jari hantu"..walaupun mana mungkin selagi mane manusia itu hidup tahu bila ajal yang pasti mereka akan berasa takut pada kematian..tidak kira la yang muda mahu pun tua, bila sebut saja pasal kematian pasti mereka menarik muka masam ataupun ada menukar topik perbualan, yang sudah semestinya menimbulkan rasa kurang senang bila bercakap pasal kematian..walhal ia menyimpang dengan ajaran agama islam yang menyuruh kita supaya mengingati pasal kematian..hikmah disebalik mengingatinya boleh menimbulkan keinsafan dalam diri bertepatan dengan konsep muslim yang sejati..perginya seorang sahabat ataupun saudara mara bukan untuk ditangisi dan diratapi,akan tetapi di ingati bersama dengan doa serta amalan untuk mereka, sesungguhnya manusia dijadikan oleh ALLAH, kita memang dituntut beramal dan berbuat baik di dunia ini, kematian ialah satu jalan selepas berakhirkan kehidupan muka bumi...sebagai hamba-Nya kematian itu pasti menjengah kita... wlslm...azzer
Subscribe to:
Comments (Atom)