4/10/2010- satu malam yang sangat sepi bagi seorang pelajar jurusan ukur tanah, di mana aku bertemankan laptop sahabatku yang lena diulik mimpi dan mungkin sedang leka dengan selimut ,tapi aku masih tidak dapat lena kerana risau memikirkan ujian agama menanti ku tepat jam 8pg...mulalah aku x tentu arah dibuatnya kerana banyak yang perlu dibaca sedangkan masa hanya ada 5 jam lagi sebelum ujian dimulakan...mataku mula berasa ngantuk tetapi bila di imbas kembali pesanan pensyarah matematik 2 aku, "biarlah kamu berkorban sedikit mase untuk pembelajaran daripada kamu tidur, sesungguhnya kamu akan berasa puas terhadap kejayaan nanti"...itu menjadi kata-kata yang akan aku pegang sampai mati..alhamdulillah mungkin tuhan menduga kita sebagai hamba-Nya, aku redha...aku hadapi cabaran walaupun payah untuk di tembusi...
dalam kesunyian malam ini, aku akhirnya ditemankan oleh seorang sahabat iaitu fadli yang mana dia sibuk melayari internet, ternyata tepat ramalan aku memang betul sahabatku ini sedang membuka facebook.. aku lihat khusyuk sungguh melihat profile dan membalas komen sahabat-sahabat dia, sedangkan dia baru sampai di rumah. keletihan masih lagi terpapar di wajahnya yang balik ke terengganu jumaat lepas...nampaknya disini sahaja catatan aku, aku perlu menyelak -nyelak halaman lain pula dalam modul agama ini ....sekian wlslm....azzer17
No comments:
Post a Comment