jumlah pengunjung

Saturday, October 2, 2010

keinsafan seorang manusia

  • dalam setiap sujud seribu keinsafan
  • baru mengerti manusia selemah ini
  • baru fahami kehidupan ini
  • baru beriltizam tak mahu mengulangi kesilapan lagi
  • baru ingat saat hendak mati
  • baru takut pada Ilahi
  • akhirnya muncul keinsafan dalam hati 
  •  baru mencari AL-QURAN di malam hari
  • selagi nyawa berdetak lagi
ALLAH sahaja yang kekal abadi......   
sesungguhnya kita manusia tidak lepas dari melakukan dosa akan tetapi kita sering melakukan kesilapan secara berulang-ulang,walhal kesilapan itu memang tidak patut diulangi . setiap masalah yang kita harungi sebagai hamba ALLAH s.w.t dari hari ke hari memang mematangkan diri, akan tetapi masalah besar yang dihadapi segelintir golongan belia kini,mereka melakukan kesilapan yang besar tetapi rasa bersalah dan ingin bertaubat tidak lahir dalam sanubari mereka, langsung mengulangi kesilapan itu lagi hinggakan mereka sudah terbiasa lalu wujudlah pelbagai masalah gejala sosial khususnya...aspek agama sangat penting dalam membimbing mereka ,tetapi ramai yang berpendapat pendidikan agama dipertanggungjawab ke atas ibubapa..Memang mudah menyalah orang lain atas kesilapan sendiri ,sesungguhnya aspek agama memang perlu diamalkan sendiri bukan sahaja bergantung pada keluarga, pergilah mencari ilmu berkaitan agama bersepah-sepah diluar sana.Saya sendiri keliru dan risau terhadap mana perginya rasa keinsfan dalam sanubari manusia kini,dari pemerhatian yang dilihat ada yang tanpa segan silu mendedahkan aurat dan berbuat maksiat secara terangan didepan  masyarakat yang kini mengambil sikap pentingkan diri sendiri dan ada juga berpendapat masing-masing "kubur lain-lain" .mungkin sudah tiba masanya kita menjaga tepi kain orang sedikit untuk kepentingan manusia bersama..walaupun berkelana ke seantero dunia, rasa takutkan pada ALLAH perlu disematkan dalam jiwa agar  iman sentiasa terpelihara,.akhirnya rasa kiensafan dalam diri akan lahir dari sanubari...salam azzer17

No comments:

Post a Comment