jumlah pengunjung
Saturday, February 12, 2011
lawak-lawak
Surat untuk ayah
Seorang mahasiswa semester akhir menulis surat kepada
ayahnya:
Ayah,
Saya merasa tidak selesa kerana terus menerus menulis
suratkepada ayah untuk meminta wang. Saya merasa malu
dan sedih. Saya ingin meminta wang sebanyak Rm1000 dari
ayah, walaupun setiap bahagian tubuh saya memberontak.
Saya meminta dengan tulus dari hati saya yang paling
dalam, ayah maafkan saya.
Salam dari anakanda,
Sarip.
p/s Saya merasa berat hati untuk mengirimkan surat ini,
jadi saya cubauntuk mengejar posmen yang mengambil
suratini dari dalam peti surat. Saya ingin mengambil
kembali suratini dan membakarnya, kerana suratini pasti
menyusahkan hati ayah. Saya berdoa dalam hati agar saya
dapat semula suratini, tapi sudah terlambat.
Beberapa hari kemudian dia menerima balasan suratdari
ayahnya yang mengandungi ayat yang ringkas,
Untuk Sarip,
"Nak, doamu sudah dimakbulkan. Suratmu tidak pernah ayah
terima"
Dari Ayahmu.
enal99
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment